Kalau anda ingin menyambung belajar ke negara luar seperti Australia dan sebagainya maka adalah mungkin bagus jika anda membuat persediaan bahasa dan kewangan dahulu. Memang ramai orang yang boleh pulang dari UK dengan PhD sedangkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka agak lemah namun ini mungkin bukan strategi yang baik. Adalah susah untuk kita berkomunikasi dengan supervisor jika kita tidak selesa berbahasa Inggeris. Dalam banyak bidang seperti perubatan maka kita mungkin mahu mengasah semula ilmu statistik, matematik, dan lain2 jika ini sudah berkarat.
Kewangan? Mungkin sedikit duit lebih diperlukan untuk waktu kecemasan. Malang tidak berbau. Ramai pelajar yg terpaksa balik mengejut kerana kematian, sakit dan sebagainya. Dengan wang yang ekstra kita mungkin boleh mengelak membayar riba atas kredit kad dan seumpamanya.
No comments:
Post a Comment