Kalau anda ingin menyambung belajar ke negara luar seperti Australia dan sebagainya maka adalah mungkin bagus jika anda membuat persediaan bahasa dan kewangan dahulu. Memang ramai orang yang boleh pulang dari UK dengan PhD sedangkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka agak lemah namun ini mungkin bukan strategi yang baik. Adalah susah untuk kita berkomunikasi dengan supervisor jika kita tidak selesa berbahasa Inggeris. Dalam banyak bidang seperti perubatan maka kita mungkin mahu mengasah semula ilmu statistik, matematik, dan lain2 jika ini sudah berkarat.
Kewangan? Mungkin sedikit duit lebih diperlukan untuk waktu kecemasan. Malang tidak berbau. Ramai pelajar yg terpaksa balik mengejut kerana kematian, sakit dan sebagainya. Dengan wang yang ekstra kita mungkin boleh mengelak membayar riba atas kredit kad dan seumpamanya.
Monday, October 22, 2012
Sunday, October 21, 2012
Seni Memilih Supervisor
Saya tidak punya banyak pengalaman dalam hal ini, namun saya akan cuba menconteng sedikit berkaitan hal ini. Antara faktor yang akan difikirkan:
a) Umur dan pengalaman pensyarah berkenaan
b) Jantina - Ini mungkin menjadi faktor jarang-jarang
c) Rekod penerbitan
d) Produktiviti makmal/ pusat kajian/ grup penerbitan berkenaan
e) Bidang kepakaran pensyarah anda, apa kajian yg telah diterbitkan sebelum ini
f) Jumlah funding, geran yang beliau terima
g) Suasana makmal/pusat kajian beliau
h) Pelajar-pelajar beliau yang kini dan sebelum ini
i) Agama
j) Sistem sokongan untuk pelajar pascasiswazah di sesuatu jabatan/universiti
k) dll

Thursday, October 18, 2012
Suatu perjalanan
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Mungkin bagus rasanya saya memulakan penulisan ini untuk berkongsi sedikit pengalaman dengan orang lain dalam menongkah arus sebuah MPhil atau PhD. Saya sebenarnya merupakan pelajar MPhil dan bukan pelajar PhD. Namun oleh kerana terdapat banyak persamaan di antara keduanya maka saya menggunakan tajuk PhD. Lagipun memang saya ada rancangan untuk membuat PhD suatu hari nanti kalau ada kesempatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)